18 May 2011

Ku Hanya Ingin Sesuci Melur

Ya Allah,
Izinkan daku menjadi sekuntum bunga,
Yang dihiasi dengan kelopak akhlaq mulia,
Harum wanginya dengan ilmu agama,
Cantiknya kerana iman dan taqwa...

Namun, keindahan zahirnya ku simpan rapi,
Biar menjadi rahsia yang kekal abadi,
Bukan perhatian mata ajnabi,
Yang menjadi punca fitnah hati....

Ya Allah,
Timbulkanlah duri yang memagari diri,
Agar diriku terpelihara dari noda duniawi,
Yang akan menghilangkan keharuman sejati,
Yang akan memudarkan kecantikan diri...

Disebalik kekurangan yang tercipta,
Bukanlah alasan untuk bermuram durja,
Kerana setiap yang tercipta ada hikmahnya...

Izinkan Ya Allah,
Agarku menjadi permata,
Tetap menyinar walau di lumpur hina,
Tetap berharga walau dimana saja,
Buat ummah dan juga keluarga...

Izinkan daku menjadi sesuci melur
Walau tidak seindah mawar berduri,
Yang menjadi impian setiap muslimah,
Yang indahnya bukan untuk lelaki,
Tapi permata buat yang bernama suami...AMIN
DOA SEWAKTU BERSUJUD DAN KEISTIMEWAANNYA
Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah SWT.

Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa didalamnya.

Sabda Rasulullah SAW:- 'Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.'

Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah SAW untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.

"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar."

Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah SWT dunia dan akhirat.

Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya. Rasulullah SAW biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud.

Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud:-

"Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat"

Mendengar itu para sahabat bertanya: 'Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah SAW?'

Jawab baginda: 'Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?'

Sahabat Menjawab: 'Bahkan! Rasulullah SAW menyambung: 'Kerana sesungguhnya pada hari itu (kiamat) muka umatku akan putih (berser-seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka ( terutama anggota wudhuk) putih berseri-seri oleh cahaya wudhuk!!!

KEISTIMEWAANNYA

Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:-

'Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah menegah neraka memakan(menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud'

Begitulah Allah memuliakan hambaNya yang bersujud. Orang yang sujud mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat.

13 May 2011

Kerja Itu Ibadah, Tugas Itu Amanah!!!

Alhamdulillah, berjaya juga akhirnya aku dan kak halina menyempurnakan tugasan laporan khas kami berkenaan kuarters guru yang tidak dihuni dan diselenggara dengan baik...tanggal 10 mei 2011, story kami pun masuk muka depan akhbar Berita Harian dan keluar cerita berkenaan utk tatapan pembaca...
Sangat puas sebab apa yang kami lakukan ke lokasi kejadian sangat berbaloi melihat story mendapat kritikan membina...hehehee
Inilah yang lebih penting sebagai seorang wartawan iaitu kepuasan apabila laporan berita keluar dan mendapat pandangan daripada pelbagai pihak walau ada yang tak berpuas hati, namun kami hanya laporkan fakta yang benar...
Apapun aku yakin 'kerja itu ibadah dan tugas itu amanah' yang perlu dilaksanakan sebaik mungkin dengan ikhlas, jujur dan sabar, selain diselitkan dengan tanggungjawab serta sifat tidak berputus asa juga tidak kenal erti kalah...
Jadi, kita harus SEMANGAT...Terima Kasih Ya Allah Atas Segalanya...:))

05 May 2011

Aku, Dia Atau Mereka Yang Salah???

Hidup memang tak selalu indah sebab masalah pasti akan sentiasa melanda insan yang bergelar manusia...Hidup tanpa masalah pun satu masalah juga kan??? Jadi lebih baik kita terima ujian dan dugaan Allah SWT dengan tenang dan redha...

Aku bersyukur kepada Allah SWT atas setiap apa yang dikurniakan kepada diri ini tidak kira sukar atau mudah aku menghadapi setiap yang diberi itu...Kadang-kadang bila dinilai dan diteliti balik setiap yang berlaku ada hikmahnya...

Menyesal??? Ye, adakalanya sebagai manusia timbul juga perasaan kesal sebab diketemukan dengan insan-insan yang tidak memahami tetapi hanya tahu meletakkan kesalahan di bahu ini untuk menanggungnya...

Ada ketika, aku terfikir salah aku, dia atau mereka??? Tapi, aku sentiasa positifkan diri bahawa pertemuan aku dengan dia mahupun mereka sudah ditentukan Allah SWT dan pastinya ada sebab kenapa terjadinya pertemuan itu dan aku hanya beranggapan setiapnya terkandung sejuta kebaikan dan hikmah...

Cuma aku perlu berhati-hati agar hati tidak terluka lagi dan langkah yang ku atur juga perlu jelas kerana aku tidak mahu di salah tafsir dan di pandang serong sedangkan yang sebenarnya adalah sebaliknya...Malah, aku akur mungkin sikap dan layananku membuat mereka salah tafsir...Maafkan aku atas setiap keprihatinan dan keakrabanku...

Biarkanlah berjuta hinaan, tohmahan dan penilaian yang salah daripada mereka terhadap aku...Aku redha dan akur dengan segalanya kerana siapalah aku untuk melawan setiap kehendak Allah SWT, selain cuba memperbaiki dan muhasabah diri setiap waktu...

Maafkan mereka??? Alhamdulillah kerana aku diberikan Allah SWT sifat lembut hati yang membuat aku mudah memaafkan dan sukar untuk memarahi...Namun, satu yang mungkin tidak mampu aku lakukan iaitu melupakan apa yang dia dan mereka lakukan ke atas diriku...

Apapun, aku hanya ingin menegaskan suka dan sayang bukan bermakna cinta...

18 November 2010

Aku Dan Pilihan-Pilihan Itu

Aku adakalanya bosan dengan pertanyaan bila nak kahwin? eh bukan lepas ni giliran awak pulak ke yang naik pelamin??? aduhai, siapa mereka untuk menentukan jodoh aku? nak marah pulak, rasa tak sampai hati....

Hmm...antara pilihan A atau B??? Siapa yang patut diberi peluang atau sebenarnya yang tercipta untuk aku? Sebenarnya aku sendiri gagal membuat pilihan yang tepat jadi aku ke yang salah???

Setiap dari kita kan ada impian sendiri jadi aku juga seperti kalian yang ada impian dalam menentukan corak perkahwinan dan masa depan terhadap mahligai atau syurga dunia yang ingin ku kecapi bersama dia yang bergelar suami....

Mana boleh main rembat je kan sebab nak tutup persoalan yang ditimbulkan oleh mereka yang tak faham??? Orang hanya tau bertanya dan mengemukakan soalan, kenapa x tolong carikan dan bawakan calonnya sama??hahaha, pasti ibu marah kalau aku kata macam tu...

Tapi sebenarnya, impian ku sangat indah bukan hanya untuk sehari dua tapi untuk selamanya...bukan harta dan rupa tapi lebih kepada ilmu, tanggungjawab dan agama...Kebahagiaan bagiku adalah satu perkara yang sangat subjektif dan tak bermakna aku sedih jika aku sendiri tetapi sebenarnya Allah SWT memberi peluang untuk aku lebih mengenal diri sebelum mengubah status diri...

Jadi kepada mereka yang sering bertanya dan mungkin memandang sinis padaku sepatutnya kalian mendoakan kebahagian saudara seagama ini bukannya mencari kesilapan atau menuding jari...ingatlah sebaik mana pun perancangan kita, perancangan Allah SWT juga Yang Maha Hebat dan Sempurna...Apapun bagiku yang penting SEMANGAT!!! :-)

18 October 2010

Andai Ku Tahu...

Lamanya tak menulis di blog kesayanganku ini...baru aku sedar dah dekat 5 bulan blog ini ku biarkan sepi...Banyak perkara yang berlaku sepanjang 5 bulan ini...Ujian dan Dugaan tanda kasih Allah SWT kepadaku...

Selama tempoh ini juga, aku berkenalan dengan ramai kenalan dan sahabat2 baru..seronok melihat kemesraan dan gelagat mereka...mereka juga sentiasa ada saat aku memerlukan sokonga dan nasihat seperti juga ayah, ibu dan adik2...macam2 nama baru timbul selain anma Nurul, Far & Farina...Kini, ada yang memanggil aku Nur dan Nurfa..hehehe

Kerjayaku juga menuntut pengorbanan yang besar..kadang2 aku rasa bosan dengan suasana tidak mesra di unitku ini tapi lama-kelamaan selepas hampir setahun setengah di unit ini, aku semakin selesa dan memahami setiap reaksi dan sikap rakan2 setugas dan editor...semua mahu yang terbaikkan walaupun adakalanya terpaksa bertegas....

Kehidupanku juga alhamdulillah, berlangsung dengan lancar walaupun kadang kala aku 'stress' dengan rentetan tugas dan perasaan yang tiada berkesudahan, tapi dah namanya manusia dan khalifah Allah, jadi aku perlu laksanakan dengan sebaik mungkin....Insya Allah

Jodoh??? pasti ramai yg tertanya2 kan bilalah agaknya aku akan berjodoh seperti mana ibu, ayah, adik2, pakcik2 dan makcik2 ku juga yang sering membangkitkan persoalan2 ini....entahlah, bagi aku bila tiba saat yang telah ditentukan Allah SWT, pasti ia akan terjadi dengan mudah dan tersendiri...

Sukar untuk aku jangkakan...sebesar dan seindah mana pun perancangan aku tapi aku yakin perancangan serta ketetapan Allah lebih indah dan terbaik...hanya doaku, supaya aku dipertemukan dan dijodohkan dengan dia yang sekufu dan mampu menjadi pemimpin yang terbaik serta bertanggungjawab untuk mahligai yang dibina kelak...

Harapanku, agar segala apa yang ku harapkan dalam kerjaya, kehidupan, jodoh dan ibadahku akan dapat berjalan dengan lancar..Malah, aku berharap agar aku dapat menempuh segalanya terutama dugaan Allah SWT dengan tenang dan positif...Yang penting adalah SEMANGAT!!!

21 May 2010

Ceritera Diriku


Aduh..sedar tak sedar dah lebih sebulan aku pulang dari menunaikan umrah..alhamdulillah, segala urusan ku di sana dipermudahkan...terima kasih Ya Allah atas segala nikmat, kesenangan, ketenangan dan kasih sayang yang Kau berikan..

Sebenarnya, aku masih merindui keindahan dan segala ketenangan di tanah suci, rakan2, mutawif2 yang ku temui di sana...di bumi bertuah itu, aku mengenali erti ukhuwah dan sikap setia kawan antara jamaah dan mutawif..

Aku sentiasa berdoa dan berharap agar diberi peluang, rezeki, kesihatan dan kesempatan untuk ke sana lagi...Tiada istilah penat, jemu dan bosan sepanjang berada di sana...Tiada rasa panas atau kurang sihat sepanjang aku berada 10 hari di Makkah dan 3 hari di Madinah...Semuanya membahagiakan...

Keakraban dan pengertian dari rakan2 jemaah amat mencuit hatiku hingga adakalanya aku merasakan mereka adalah sebahagian daripada diriku....Tidak perlu makanan yang mewah dan tidak perlu kenderaan yang menjalar..cukup hanya kesederhanaan..itu lebih menenangkan dan membahagiakan.

Aku seronok dan bersyukur diberi peluang untuk mendaki Jabal Nur, Jabal Rahmah, Bukit Sajadah, Gua Uhud dan menziarahi raudhah, solat di depan kaabah di bawah terik matahari tanpa ku rasa panasnya...dapat melakukan sa'ie dan tawaf...

Paling sedih apabila ingin pulang ke tanah air..melakukan tawaf wida' dan ucapan selamat tinggal untuk Rasulullah saw adalah saat paling sedih dan sayu...terasa, adakah aku akan dijemput lg menjadi tetamu Allah SWT? Dapatkah bertemu lg dgn rkn2 mutawif dan rakan2 jemaah?

Namun, aku perlu menghadapi kenyataan bahawa setiap pertemuan pasti ada perpisahan dan doaku yang tidak pernah putus..agar ada pertemuan antara kami lagi dan aku diizinkan utk menjadi tetamu di bumi bertuah yang menjadi lambang pengorbanan, perjuangan dan kasih sayang Rasulullah saw terhadap umatnya dan Islam...

Terima kasih semuanya atas segala kenangan indah dan kasih sayang itu...sesungguhnya segala apa yg berlaku di sana pasti akan tersimpan kemas dalam satu tempat yg istimewa dalam hatiku...