02 August 2012

kesedihan dan ujian ini

Hati ini merasa sangat tidak tenteram saat diberitakan akan dipindahkan ke cawangan BH di Prai, Pulau Pinang, Jun lalu..Bukan nak menolak kenyataan tetapi kenapa tidak ada seorang pun dari pihak pengurusan BH mendengar rayuan dan alasan saya yang sedang melanjutkan pengajian dan memegang biasiswa....

Apakah saya tidak ada hak sebagai pekerja untuk memohon supaya ditangguhkan dulu? sedangkan yang menjadi kemusykilan, ada yang pihak pengurusan tukarkan selepas dia tamat pengajian..kenapa ini tidak berlaku pada saya? kenapa orang lain yang menolak dengan alasan banyak komitmen diterima, sedangkan saya tidak? Kerana perpindahan ini, saya terpaksa menagguhkan pengajian dan membatalkan biasiswa...Adilkah???

Pulang dari tanah suci, saya semakin tidak selesa dengan suasana kerja dan keadaan di pulau pinang, bukan saya mengada2 atau menolak ujian ini tapi hanya Allah SWT saja yang tahu....Saya sentisa berharap dan tidak berhenti berdoa agar dikurniakan keajaiban dan rezeki untuk kembali ke negeri saya bersama keluarga dalam masa terdekat ini...

Saya rasa sangat teraniaya, sedangkan sewaktu ingin menyambung pengajian majikan yang menandatangani surat rujukan...Kalau tahu saya memang ingin ditukarkan kenapa tidak berbincang dari awal??? Saya sedih terlalu sedih...Mood kerja dah lari sangat, hati kosong dan hanya menanti saat doa saya dimaqbulkan Allah SWT...Saya harapkan ada petunjuk bagi masalah ini kerana saya semakin tidak kuat menghadapi hari mendatang!!! Duit EPF dah dikeluarkan untuk pendaftaran dan bayaran semeaster awal pengajian...

Ya Allah, HambaMu ini merayu sangat agar dikurniakan kekuatan dan ketenangan serta diberi petunjuk juga jalan keluar berkenaan masalah ini dalam masa terdekat, sesungguhnya hanya padaMu hamba memohon belas ihsan, Insya Allah, Amin Ya Robbal'alamin...