18 November 2010

Aku Dan Pilihan-Pilihan Itu

Aku adakalanya bosan dengan pertanyaan bila nak kahwin? eh bukan lepas ni giliran awak pulak ke yang naik pelamin??? aduhai, siapa mereka untuk menentukan jodoh aku? nak marah pulak, rasa tak sampai hati....

Hmm...antara pilihan A atau B??? Siapa yang patut diberi peluang atau sebenarnya yang tercipta untuk aku? Sebenarnya aku sendiri gagal membuat pilihan yang tepat jadi aku ke yang salah???

Setiap dari kita kan ada impian sendiri jadi aku juga seperti kalian yang ada impian dalam menentukan corak perkahwinan dan masa depan terhadap mahligai atau syurga dunia yang ingin ku kecapi bersama dia yang bergelar suami....

Mana boleh main rembat je kan sebab nak tutup persoalan yang ditimbulkan oleh mereka yang tak faham??? Orang hanya tau bertanya dan mengemukakan soalan, kenapa x tolong carikan dan bawakan calonnya sama??hahaha, pasti ibu marah kalau aku kata macam tu...

Tapi sebenarnya, impian ku sangat indah bukan hanya untuk sehari dua tapi untuk selamanya...bukan harta dan rupa tapi lebih kepada ilmu, tanggungjawab dan agama...Kebahagiaan bagiku adalah satu perkara yang sangat subjektif dan tak bermakna aku sedih jika aku sendiri tetapi sebenarnya Allah SWT memberi peluang untuk aku lebih mengenal diri sebelum mengubah status diri...

Jadi kepada mereka yang sering bertanya dan mungkin memandang sinis padaku sepatutnya kalian mendoakan kebahagian saudara seagama ini bukannya mencari kesilapan atau menuding jari...ingatlah sebaik mana pun perancangan kita, perancangan Allah SWT juga Yang Maha Hebat dan Sempurna...Apapun bagiku yang penting SEMANGAT!!! :-)

18 October 2010

Andai Ku Tahu...

Lamanya tak menulis di blog kesayanganku ini...baru aku sedar dah dekat 5 bulan blog ini ku biarkan sepi...Banyak perkara yang berlaku sepanjang 5 bulan ini...Ujian dan Dugaan tanda kasih Allah SWT kepadaku...

Selama tempoh ini juga, aku berkenalan dengan ramai kenalan dan sahabat2 baru..seronok melihat kemesraan dan gelagat mereka...mereka juga sentiasa ada saat aku memerlukan sokonga dan nasihat seperti juga ayah, ibu dan adik2...macam2 nama baru timbul selain anma Nurul, Far & Farina...Kini, ada yang memanggil aku Nur dan Nurfa..hehehe

Kerjayaku juga menuntut pengorbanan yang besar..kadang2 aku rasa bosan dengan suasana tidak mesra di unitku ini tapi lama-kelamaan selepas hampir setahun setengah di unit ini, aku semakin selesa dan memahami setiap reaksi dan sikap rakan2 setugas dan editor...semua mahu yang terbaikkan walaupun adakalanya terpaksa bertegas....

Kehidupanku juga alhamdulillah, berlangsung dengan lancar walaupun kadang kala aku 'stress' dengan rentetan tugas dan perasaan yang tiada berkesudahan, tapi dah namanya manusia dan khalifah Allah, jadi aku perlu laksanakan dengan sebaik mungkin....Insya Allah

Jodoh??? pasti ramai yg tertanya2 kan bilalah agaknya aku akan berjodoh seperti mana ibu, ayah, adik2, pakcik2 dan makcik2 ku juga yang sering membangkitkan persoalan2 ini....entahlah, bagi aku bila tiba saat yang telah ditentukan Allah SWT, pasti ia akan terjadi dengan mudah dan tersendiri...

Sukar untuk aku jangkakan...sebesar dan seindah mana pun perancangan aku tapi aku yakin perancangan serta ketetapan Allah lebih indah dan terbaik...hanya doaku, supaya aku dipertemukan dan dijodohkan dengan dia yang sekufu dan mampu menjadi pemimpin yang terbaik serta bertanggungjawab untuk mahligai yang dibina kelak...

Harapanku, agar segala apa yang ku harapkan dalam kerjaya, kehidupan, jodoh dan ibadahku akan dapat berjalan dengan lancar..Malah, aku berharap agar aku dapat menempuh segalanya terutama dugaan Allah SWT dengan tenang dan positif...Yang penting adalah SEMANGAT!!!

21 May 2010

Ceritera Diriku


Aduh..sedar tak sedar dah lebih sebulan aku pulang dari menunaikan umrah..alhamdulillah, segala urusan ku di sana dipermudahkan...terima kasih Ya Allah atas segala nikmat, kesenangan, ketenangan dan kasih sayang yang Kau berikan..

Sebenarnya, aku masih merindui keindahan dan segala ketenangan di tanah suci, rakan2, mutawif2 yang ku temui di sana...di bumi bertuah itu, aku mengenali erti ukhuwah dan sikap setia kawan antara jamaah dan mutawif..

Aku sentiasa berdoa dan berharap agar diberi peluang, rezeki, kesihatan dan kesempatan untuk ke sana lagi...Tiada istilah penat, jemu dan bosan sepanjang berada di sana...Tiada rasa panas atau kurang sihat sepanjang aku berada 10 hari di Makkah dan 3 hari di Madinah...Semuanya membahagiakan...

Keakraban dan pengertian dari rakan2 jemaah amat mencuit hatiku hingga adakalanya aku merasakan mereka adalah sebahagian daripada diriku....Tidak perlu makanan yang mewah dan tidak perlu kenderaan yang menjalar..cukup hanya kesederhanaan..itu lebih menenangkan dan membahagiakan.

Aku seronok dan bersyukur diberi peluang untuk mendaki Jabal Nur, Jabal Rahmah, Bukit Sajadah, Gua Uhud dan menziarahi raudhah, solat di depan kaabah di bawah terik matahari tanpa ku rasa panasnya...dapat melakukan sa'ie dan tawaf...

Paling sedih apabila ingin pulang ke tanah air..melakukan tawaf wida' dan ucapan selamat tinggal untuk Rasulullah saw adalah saat paling sedih dan sayu...terasa, adakah aku akan dijemput lg menjadi tetamu Allah SWT? Dapatkah bertemu lg dgn rkn2 mutawif dan rakan2 jemaah?

Namun, aku perlu menghadapi kenyataan bahawa setiap pertemuan pasti ada perpisahan dan doaku yang tidak pernah putus..agar ada pertemuan antara kami lagi dan aku diizinkan utk menjadi tetamu di bumi bertuah yang menjadi lambang pengorbanan, perjuangan dan kasih sayang Rasulullah saw terhadap umatnya dan Islam...

Terima kasih semuanya atas segala kenangan indah dan kasih sayang itu...sesungguhnya segala apa yg berlaku di sana pasti akan tersimpan kemas dalam satu tempat yg istimewa dalam hatiku...

02 April 2010

Aku, Mereka dan Kenangan Itu

Awalnya
aku berasa
tiada apa-apa
yang bakal menyentak naluriku
lewat tugasan itu

Stesen Sentral
menjadi bibit pertemuanku dan mereka
malangnya
ketika ituh
atiku berkata
ahh..semuanya seperti
insan-insan yang pernah ku temui
tiada yang istimewa

Senandung Langkawi
mula mendekatkan aku
dengan mereka
yang awalnya tidak mendatangkan sebarang rasa
dalam sanubariku

18 jam
mendekatkan aku dan mereka
sejuta kemesraan
jalinan persahabatan
usik-mengusik
senda tawa
mula mewarnai
perjalanan kami
menuju destinasi
bumi si gajah putih

Hatyai
terus memberi seribu kemanisan
malah
kami semakin dekat
semakin mesra
pelbagai aksi mencuit hati
teguran, gurauan
terus meniti di bibir setiap dari kami

Namun
semuanya kini
tinggal seribu kenangan
dan sehingga kini
sukar untuk ku usir
setiap bait dan bingkisan
lewat pertemuan
aku, mereka dan kenangan itu

Nurfa Nazlan
2/4/2010 : 6.40pm

06 March 2010

Alam Persekolahan

Sekejap je kan dah masuk bulan Mac...tinggal 9 bulan je lagi tahun 2010..usia aku pun tahun menginjak ke angka 27...rase macam baru je 17 tahun, teringat segala kenangan ketika zaman persekolahan di sekolah menengah kebangsaan seri serdang @ smkss..

Teringat gang2 aku..emi, zack, abu, iecha, syiban@cyda dan aining..banyak kenangan yang kami kongsi bersama..indahnya alam persekolahan yang dah 10 tahun kami tinggalkan. alhamdulillah, kami masih contact antara satu sama lain kecuali abu n aining...zack ngan emi dh jadi pasangan bahagia..solute aku dgn kebahagiaan dan keutuhan cinta dieorag yang kini dh ada 3 anak yg comel2..

Syiban pulak baru je dpt baby, iecha dan abu pun dh selamat melangkah ke alam perkahwinan kecuali aku n aining..sape la akan tamatkan bujang dulu ye..hehehe

Tapi, indah betul alam persekolahan apa je aku xbuat...ponteng sekolah, lepak dkt bawah jambatan flet ikan belakang fakulti pendidikan upm..haha...semua acara aku masuk..nyanyi, pidato, bahas, berlakon..macam2 la yg aku buat...

Bile fikir balik..dapat ke kami semua kembali ke alam persekolahan yg indah tu??? seronokkan jd pelajar..sweet je aku rasa..hahaha..bukan macam sekarang..serabut otak ni mcm2 nak pikir..bayar itu, bayar ini..macam2 je hal nk kene settlekan..

Walaupun dh lama tinggalkan alam sekolah, tapi aku still jgk singgah sekolah jenguk cikgu2 kalau ade masa lapang..sekolah..rindunye dengan kenakalan suatu masa dulu...Kerana tanpa kenangan di SMKSS, ilmu dan jasa cikgu2 serta sokongan dan semangat kawan2, aku tidak akan berjaya seperti saat ini...terima kasih semua yang telah mewarnai alam remaja ku dengan penuh keceriaan...

11 February 2010

Umrah

Alhamdulillah, aku akhirnya menerima panggilan dari kekasihku untuk bertandang ke rumahNya pada 5 April ini - 18 April ini, insya-Allah..Ya Allah, terima kasih atas undangan dan jemputan itu...

Tidak sabar rasanya aku ingin menjejakkan kaki di bumi yang melambangkan pengorbanan dan perjuangan Rasulullah s.a.w, ahli keluarga dan para sahabat baginda menggadai nyawa dan harta demi kegemilangan Islam.

Aku juga tidak sabar untuk menziarahi makam baginda dan seluruh keluarga serta sahabatnya di makam baqi'..aku berharap sgt dapat mencium hajarul aswad dan berdoa di jabal rahmah, raudhah dan segala tempat yang mustajab untuk berdoa serta dapat menunaikan segala ibdah dan umrahku dengan sempurna dan terbaik...amin

Yang paling penting, aku berharap hidup, ibadah serta amalanku dan segala-galanya tentang diriku akan menjadi lebih baik, sempurna iman dan amal ku serta mendapat umrah yang berkat dan maqbul di samping segala ibadah dan amalku diterima dan dosaku diampunkan oleh kekasih dan sahabatku, Allah Yang Maha Esa.

Sesungguhnya aku juga berharap aku akan dapat berada di sana, saat bertolak dan kembali ke Malaysia dalam keadaan sihat, selamat, sempurna serta dapat menjalankan segala ibdahku dengan tenang dan diterima oleh Allah...

Aku rasa semua yang ingin ke sana pasti merasai rasa takut, rendah diri dan gementar untuk berhadapan denganNya di rumahNYa kerana sebagai insan yang kerdil, banyak dosa secara sengaja dan tidak sengaja telah dilakukan oleh kita sebagai hambaNya yang alpa namun, aku harap Dia mendengar doa dan rintihan serta permohonan maaf ku...

Ya Allah, semakin cuba ku dekati, semakin kuat pula Kau mendugai aku..Oh Tuhan, Yang Maha Pemurah, kerdilnya diriku di pandanganMU..Bagaimanakah nantinya, tika berhadapan denganMu..sudikah kau menerima hambaMu yang hina ini, Ya Allah Kau Maha Pengampun...

Di bayangan mentari, aku kealpaan dusta dunia penuh kepura-puraan..di kala dinihari aku kepasrahan mendamba jernih embun kasih sayangMu oh Tuhan...Amin

09 February 2010

aku..dia dan kenangan

Saat ini, aku merasa letih, sedih dan bosan dengan apa yang berlaku...bagi aku cukuplah hanya sehingga saat ini aku mengenali diri seseorang kerana untuk apa melalui segala apa yang pernah dilalui sekiranya hati aku kembali terluka...

Penat sebenarnya bila kita terluka ni, sebab ia akan mencacatkan segala perancangan masa hadapan kita so, sekarang ni aku hanya berdoa dan berserah kepada Allah atas segala apa yang berlaku...

Biarlah Dia yang menentukan segalanya sebab aku rasa dah penat untuk aku cari kebenaran dan memohon kemaafan kerana dalam sebuah persahabatan mesti ada sikap memberi dan menerima.

Sukar sebenarnya bila kita kehilangan..tak kiralah kehilangan orang ataupun barang..Namun, setiap manusia perlu menghadapi semua itu untuk dijadikan pengalaman dan pengajaran di masa depan...

Andai dia tersedar, ada sedikit kebaikan aku ketika kami bersahabat jadika ia sebagai kenangan..jangan risau saya dah tahu sedikit sebab kenapa awak menjauhkan diri..doa saya semoga awak dan dia bahagia selamanya...doa itulah harga sebuah persahabatan kan???

28 January 2010

Muiz...


Hmm, si kecik ni demam pulak..mungkin terkejut sebab di inject kerana genap umurnya 1 thn 5 bulan..dah besaq na, anak ummi tapi masih xleh sebut word 'ummi' dok kalut panggil aku 'mimi'..hahaha...tp ade je aksi si kecik ni yg mencuit hati..


setiap hari, aku tgk dia makin bijak..hahaha, paling bijak melawan n buli ibu dia..kesian jugak kak ti..tp nk wat camna anak baru sorang so manja terlebih....


muiz, sehari aku tak nampak dia..huh susah nak bayangkan..dekat ofis pun leh teringat si botak tu...kalau anak sendiri nanti xtau la kan ;) tapi mmg aku syg dkt si kecik tu..ade je idea die setiap hari yg buat kami sekeluarga gelak...


lg satu bila dh sampai umah tok ayah n tok ibu, time mood xbaik dia dtg, terus nak balik terutama bila kena teguq ngan tok ibu sebab dok usik brg2 dlm rumah..terus sebut nak 'babik'..hahaha,kalau org tak tau mesti pelik sedangkan sebenaqnya dia nak 'balik' rumah..


muiz..muiz..muiz, xkisah la dik yg penting ummi sayang adik

21 January 2010

Aku Dan Buku

Hmm, satu kegilaan aku adalah membaca..kadang2 sampai kena tegur dgn ayah sebab satu bulan lebih 5 buku aku beli...hehehe, xkirala novel, buku motivasi atau sejarah kecuali buku2 yg haram dibaca..semua aku sapu kalau aku rasa menarik..

claim buku hanya dibenarkan RM110 je sebulan tapi selalunya aku beli buku lebih RM200..haha, nasib yang lebih tu boleh buat claim income tax..untung jugak kan aku mempunyai minat yang sihat...

memang sudah jadi tabiat aku, ibu dan adik aku yang bongsu (hanna), kami akan membaca sebelum tidur malah, aku boleh jadi leka kalau dah baca buku, hehehe...kiranya kalau ibu n ayah mertuaku dok depan pun, aku xkan sedar...kesian sapa jadi parent in law aku kan...:)

ada gak kawan2 masa kat hostel dulu kata, aku ni pelik..sampai lupa dunia kalau dah melekat dgn satu2 buku...hehe..patutla lupa cari boyfriend masa blajaq dulu...sibuk dgn aktiviti desa, kuliah dan membaca je selaian gi berjalan2...

hmm, xkisah la apa org nak kata, tp bg aku, hobi dan tabiat semula jadi aku ni memang best sebab aku xsusahkan org lain dan ia satu aktviti yang sihat..so aku merancang untuk terapkan budaya membaca untuk bakal anak2 aku nanti..ok ape, sebab nanti anak2 aku lebih dekat dgn aku dan selalu ada di rumah..yg oenting mereka xkan terbabit dgn aktivit2 yg xsihat...itu just impian je la...bila nak direalisasikan?soon, maybe..hahaha, just pray for me...

20 January 2010

Welcome To My Page ;)

salam'alaik dan selamat mengembara ke blog saya..sebenarnya ini adalah blog ke berapa entah tapi yang lain tu dah lama saya tak upgrade..seronok sebenarnya mempunyai laman untuk meluah rasa, berkongsi rahsia hati dan tentunya berkenalan serta ruang berkongsi pendapat..so sempena tahun 2010 ni, saya pun mencipta lah laman baru saya..so, welcome my dear friends...