18 May 2011

Ku Hanya Ingin Sesuci Melur

Ya Allah,
Izinkan daku menjadi sekuntum bunga,
Yang dihiasi dengan kelopak akhlaq mulia,
Harum wanginya dengan ilmu agama,
Cantiknya kerana iman dan taqwa...

Namun, keindahan zahirnya ku simpan rapi,
Biar menjadi rahsia yang kekal abadi,
Bukan perhatian mata ajnabi,
Yang menjadi punca fitnah hati....

Ya Allah,
Timbulkanlah duri yang memagari diri,
Agar diriku terpelihara dari noda duniawi,
Yang akan menghilangkan keharuman sejati,
Yang akan memudarkan kecantikan diri...

Disebalik kekurangan yang tercipta,
Bukanlah alasan untuk bermuram durja,
Kerana setiap yang tercipta ada hikmahnya...

Izinkan Ya Allah,
Agarku menjadi permata,
Tetap menyinar walau di lumpur hina,
Tetap berharga walau dimana saja,
Buat ummah dan juga keluarga...

Izinkan daku menjadi sesuci melur
Walau tidak seindah mawar berduri,
Yang menjadi impian setiap muslimah,
Yang indahnya bukan untuk lelaki,
Tapi permata buat yang bernama suami...AMIN
DOA SEWAKTU BERSUJUD DAN KEISTIMEWAANNYA
Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah SWT.

Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa didalamnya.

Sabda Rasulullah SAW:- 'Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.'

Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah SAW untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.

"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar."

Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah SWT dunia dan akhirat.

Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya. Rasulullah SAW biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud.

Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud:-

"Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat"

Mendengar itu para sahabat bertanya: 'Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah SAW?'

Jawab baginda: 'Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?'

Sahabat Menjawab: 'Bahkan! Rasulullah SAW menyambung: 'Kerana sesungguhnya pada hari itu (kiamat) muka umatku akan putih (berser-seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka ( terutama anggota wudhuk) putih berseri-seri oleh cahaya wudhuk!!!

KEISTIMEWAANNYA

Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:-

'Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah menegah neraka memakan(menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud'

Begitulah Allah memuliakan hambaNya yang bersujud. Orang yang sujud mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat.

13 May 2011

Kerja Itu Ibadah, Tugas Itu Amanah!!!

Alhamdulillah, berjaya juga akhirnya aku dan kak halina menyempurnakan tugasan laporan khas kami berkenaan kuarters guru yang tidak dihuni dan diselenggara dengan baik...tanggal 10 mei 2011, story kami pun masuk muka depan akhbar Berita Harian dan keluar cerita berkenaan utk tatapan pembaca...
Sangat puas sebab apa yang kami lakukan ke lokasi kejadian sangat berbaloi melihat story mendapat kritikan membina...hehehee
Inilah yang lebih penting sebagai seorang wartawan iaitu kepuasan apabila laporan berita keluar dan mendapat pandangan daripada pelbagai pihak walau ada yang tak berpuas hati, namun kami hanya laporkan fakta yang benar...
Apapun aku yakin 'kerja itu ibadah dan tugas itu amanah' yang perlu dilaksanakan sebaik mungkin dengan ikhlas, jujur dan sabar, selain diselitkan dengan tanggungjawab serta sifat tidak berputus asa juga tidak kenal erti kalah...
Jadi, kita harus SEMANGAT...Terima Kasih Ya Allah Atas Segalanya...:))

05 May 2011

Aku, Dia Atau Mereka Yang Salah???

Hidup memang tak selalu indah sebab masalah pasti akan sentiasa melanda insan yang bergelar manusia...Hidup tanpa masalah pun satu masalah juga kan??? Jadi lebih baik kita terima ujian dan dugaan Allah SWT dengan tenang dan redha...

Aku bersyukur kepada Allah SWT atas setiap apa yang dikurniakan kepada diri ini tidak kira sukar atau mudah aku menghadapi setiap yang diberi itu...Kadang-kadang bila dinilai dan diteliti balik setiap yang berlaku ada hikmahnya...

Menyesal??? Ye, adakalanya sebagai manusia timbul juga perasaan kesal sebab diketemukan dengan insan-insan yang tidak memahami tetapi hanya tahu meletakkan kesalahan di bahu ini untuk menanggungnya...

Ada ketika, aku terfikir salah aku, dia atau mereka??? Tapi, aku sentiasa positifkan diri bahawa pertemuan aku dengan dia mahupun mereka sudah ditentukan Allah SWT dan pastinya ada sebab kenapa terjadinya pertemuan itu dan aku hanya beranggapan setiapnya terkandung sejuta kebaikan dan hikmah...

Cuma aku perlu berhati-hati agar hati tidak terluka lagi dan langkah yang ku atur juga perlu jelas kerana aku tidak mahu di salah tafsir dan di pandang serong sedangkan yang sebenarnya adalah sebaliknya...Malah, aku akur mungkin sikap dan layananku membuat mereka salah tafsir...Maafkan aku atas setiap keprihatinan dan keakrabanku...

Biarkanlah berjuta hinaan, tohmahan dan penilaian yang salah daripada mereka terhadap aku...Aku redha dan akur dengan segalanya kerana siapalah aku untuk melawan setiap kehendak Allah SWT, selain cuba memperbaiki dan muhasabah diri setiap waktu...

Maafkan mereka??? Alhamdulillah kerana aku diberikan Allah SWT sifat lembut hati yang membuat aku mudah memaafkan dan sukar untuk memarahi...Namun, satu yang mungkin tidak mampu aku lakukan iaitu melupakan apa yang dia dan mereka lakukan ke atas diriku...

Apapun, aku hanya ingin menegaskan suka dan sayang bukan bermakna cinta...