Alhamdulillah, aku akhirnya menerima panggilan dari kekasihku untuk bertandang ke rumahNya pada 5 April ini - 18 April ini, insya-Allah..Ya Allah, terima kasih atas undangan dan jemputan itu...
Tidak sabar rasanya aku ingin menjejakkan kaki di bumi yang melambangkan pengorbanan dan perjuangan Rasulullah s.a.w, ahli keluarga dan para sahabat baginda menggadai nyawa dan harta demi kegemilangan Islam.
Aku juga tidak sabar untuk menziarahi makam baginda dan seluruh keluarga serta sahabatnya di makam baqi'..aku berharap sgt dapat mencium hajarul aswad dan berdoa di jabal rahmah, raudhah dan segala tempat yang mustajab untuk berdoa serta dapat menunaikan segala ibdah dan umrahku dengan sempurna dan terbaik...amin
Yang paling penting, aku berharap hidup, ibadah serta amalanku dan segala-galanya tentang diriku akan menjadi lebih baik, sempurna iman dan amal ku serta mendapat umrah yang berkat dan maqbul di samping segala ibadah dan amalku diterima dan dosaku diampunkan oleh kekasih dan sahabatku, Allah Yang Maha Esa.
Sesungguhnya aku juga berharap aku akan dapat berada di sana, saat bertolak dan kembali ke Malaysia dalam keadaan sihat, selamat, sempurna serta dapat menjalankan segala ibdahku dengan tenang dan diterima oleh Allah...
Aku rasa semua yang ingin ke sana pasti merasai rasa takut, rendah diri dan gementar untuk berhadapan denganNya di rumahNYa kerana sebagai insan yang kerdil, banyak dosa secara sengaja dan tidak sengaja telah dilakukan oleh kita sebagai hambaNya yang alpa namun, aku harap Dia mendengar doa dan rintihan serta permohonan maaf ku...
Ya Allah, semakin cuba ku dekati, semakin kuat pula Kau mendugai aku..Oh Tuhan, Yang Maha Pemurah, kerdilnya diriku di pandanganMU..Bagaimanakah nantinya, tika berhadapan denganMu..sudikah kau menerima hambaMu yang hina ini, Ya Allah Kau Maha Pengampun...
Di bayangan mentari, aku kealpaan dusta dunia penuh kepura-puraan..di kala dinihari aku kepasrahan mendamba jernih embun kasih sayangMu oh Tuhan...Amin
11 February 2010
09 February 2010
aku..dia dan kenangan
Saat ini, aku merasa letih, sedih dan bosan dengan apa yang berlaku...bagi aku cukuplah hanya sehingga saat ini aku mengenali diri seseorang kerana untuk apa melalui segala apa yang pernah dilalui sekiranya hati aku kembali terluka...
Penat sebenarnya bila kita terluka ni, sebab ia akan mencacatkan segala perancangan masa hadapan kita so, sekarang ni aku hanya berdoa dan berserah kepada Allah atas segala apa yang berlaku...
Biarlah Dia yang menentukan segalanya sebab aku rasa dah penat untuk aku cari kebenaran dan memohon kemaafan kerana dalam sebuah persahabatan mesti ada sikap memberi dan menerima.
Sukar sebenarnya bila kita kehilangan..tak kiralah kehilangan orang ataupun barang..Namun, setiap manusia perlu menghadapi semua itu untuk dijadikan pengalaman dan pengajaran di masa depan...
Andai dia tersedar, ada sedikit kebaikan aku ketika kami bersahabat jadika ia sebagai kenangan..jangan risau saya dah tahu sedikit sebab kenapa awak menjauhkan diri..doa saya semoga awak dan dia bahagia selamanya...doa itulah harga sebuah persahabatan kan???

28 January 2010
Muiz...

Hmm, si kecik ni demam pulak..mungkin terkejut sebab di inject kerana genap umurnya 1 thn 5 bulan..dah besaq na, anak ummi tapi masih xleh sebut word 'ummi' dok kalut panggil aku 'mimi'..hahaha...tp ade je aksi si kecik ni yg mencuit hati..
setiap hari, aku tgk dia makin bijak..hahaha, paling bijak melawan n buli ibu dia..kesian jugak kak ti..tp nk wat camna anak baru sorang so manja terlebih....
muiz, sehari aku tak nampak dia..huh susah nak bayangkan..dekat ofis pun leh teringat si botak tu...kalau anak sendiri nanti xtau la kan ;) tapi mmg aku syg dkt si kecik tu..ade je idea die setiap hari yg buat kami sekeluarga gelak...
lg satu bila dh sampai umah tok ayah n tok ibu, time mood xbaik dia dtg, terus nak balik terutama bila kena teguq ngan tok ibu sebab dok usik brg2 dlm rumah..terus sebut nak 'babik'..hahaha,kalau org tak tau mesti pelik sedangkan sebenaqnya dia nak 'balik' rumah..
muiz..muiz..muiz, xkisah la dik yg penting ummi sayang adik
21 January 2010
Aku Dan Buku
Hmm, satu kegilaan aku adalah membaca..kadang2 sampai kena tegur dgn ayah sebab satu bulan lebih 5 buku aku beli...hehehe, xkirala novel, buku motivasi atau sejarah kecuali buku2 yg haram dibaca..semua aku sapu kalau aku rasa menarik..
claim buku hanya dibenarkan RM110 je sebulan tapi selalunya aku beli buku lebih RM200..haha, nasib yang lebih tu boleh buat claim income tax..untung jugak kan aku mempunyai minat yang sihat...
memang sudah jadi tabiat aku, ibu dan adik aku yang bongsu (hanna), kami akan membaca sebelum tidur malah, aku boleh jadi leka kalau dah baca buku, hehehe...kiranya kalau ibu n ayah mertuaku dok depan pun, aku xkan sedar...kesian sapa jadi parent in law aku kan...:)
ada gak kawan2 masa kat hostel dulu kata, aku ni pelik..sampai lupa dunia kalau dah melekat dgn satu2 buku...hehe..patutla lupa cari boyfriend masa blajaq dulu...sibuk dgn aktiviti desa, kuliah dan membaca je selaian gi berjalan2...
hmm, xkisah la apa org nak kata, tp bg aku, hobi dan tabiat semula jadi aku ni memang best sebab aku xsusahkan org lain dan ia satu aktviti yang sihat..so aku merancang untuk terapkan budaya membaca untuk bakal anak2 aku nanti..ok ape, sebab nanti anak2 aku lebih dekat dgn aku dan selalu ada di rumah..yg oenting mereka xkan terbabit dgn aktivit2 yg xsihat...itu just impian je la...bila nak direalisasikan?soon, maybe..hahaha, just pray for me...

20 January 2010
Welcome To My Page ;)
salam'alaik dan selamat mengembara ke blog saya..sebenarnya ini adalah blog ke berapa entah tapi yang lain tu dah lama saya tak upgrade..seronok sebenarnya mempunyai laman untuk meluah rasa, berkongsi rahsia hati dan tentunya berkenalan serta ruang berkongsi pendapat..so sempena tahun 2010 ni, saya pun mencipta lah laman baru saya..so, welcome my dear friends...
Subscribe to:
Posts (Atom)